Ahad, 7 Ogos 2011

kembali semula

 Aku telah tamat KDP selama sebulan di IPG Kampus Rejang. Kursus Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Rasa tidak sabar untuk ke sekolah semula. Aku rindukan murid-murid aku di kelas 3H. Rindukan ceroteh mereka yang dulunya sering buat p&p tergangu dengan ada saja info yang nak diajukan dan di tanya. letih berjawab aku dibuatnya. Memang bagus suka bertanya tapi kalau tanya yang tidak berkaitan dengan p&p memang buat p&p tidak dapat dijalankan. Apapun aku harap esok aku dengan bekalan kursus yang telah aku jalani dapat aku terjemahkan dalam pengajaran moga dapat aku tingkatkan prestasi untuk kecemerlangan murid-murid ku. 
Rakan-rakan kursus dan para pensyarah IPG Kampus Rejang, Bintagor.
KDP4Minggu MBM dalam kenangan.

Ahad, 24 Julai 2011

Sibu Sentral Market

       Sebenarnya kalau di lihat dengan tajuk tu macam aku ni pelancong lak pergi melancong dan catatkan tempat2 menarik yang dilawati. Sebenarnya sudah lima tahun aku menetap di sini cuma tidak tergerak hati ja nak menceritakannya mungkin kesibukan diri ditambahkan lagi blog ni baru je wujud... 
Ok apapun sebenarnya Sibu Sentral Market merupakan market yang terbesar di sarawak. Aku bangga dengan statusnya walaupun aku sekadar menumpang di bumi sarawak ini, mencari rezeki. Bangunan yang aku agak 8 tingkat itu menempatkan keperluan harian dalam satu bumbung. Bawahnya terdapat barang keperluan seperti barang basah, sayur, buah-buahan termasuk barang kraftangan. Memang penat juga nak pusing. Tingkat atas merupakan tempat makan dan jualan pakaian. Apa saja ada di sini. Pendek kata semua ada la. Selain itu, tempat letak kereta yang luas dan lif membuatkan tempat ini tidak lekang dek pengunjung yang datang untuk mencari barang keperluan atau sekadar berjalan-jalan.

Ini gambar yang sempat aku rakamkan semasa berjalan2 bersama keluarga di Sibu Sentral Market...
Apa mau semua ada...

Bersama keluarga tersayang...
Luas saujana mata memandang.
Dh nk nagis dh si kecik letih berjalan.... 
Gaya dah macam nk beli je....




Puak kumbu masyarakat Iban Sarawak

Ni kakak lak dah penat... nk tengok kamera pun dh x nk..
Buah dabai yang aku kenal dan rasa hanya di sarawak

Selasa, 19 Julai 2011

KDP4M

Hari ini minggu ke-2 aku serta rakan-rakan guru seramai 30 orang meneruskan kursus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Sebegitu panjang nama kursusnya begitu juga lah lamanya aku menetap di IPG Kampus Rajang Binangor ini. Selama 4 minggu ini  tinggal anak isteri demi tugas.....
Hari ini aku didedahkan tentang muat naik bahan, jadi disebabkan itu aku teringat kembali blog yang dah laman aku lupakan... bukan lupa sebenarnya tapi tiada ruang waktu untuk aku dekat dengan blog aku ni yang memang sepi seperti tajuknya juga.

p/s gambar atas tu saja je letakkan tidak ada kaitan sebenarnya.

Selasa, 26 April 2011

Berjinak-jinak

salam.... aku tidak bergitu tahu dan mahir. cuma terasa hati ingin mewujudkan blog aku sendiri. mungkin tertarik membaca blog kawan-kawan membuatkan aku berminat... apapun aku harap ada ruang waktu untuk aku sentiasa mengemas kini blog aku ini, sekadar untuk kepuasan diri.