Aku ingin story kasih sayang seorang nenek. Nenek aku. Aku memanggilnya TOK. Tok aku ini sebelah ayah. Datuk aku
tidak pernah tau. Kerana ayah aku dalam buaian lagi datuk aku telah pergi
mengadap Ilahi. Ayah membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Aku suka
dengan tok aku ni ( ye la siapa tidak suka datuk dan nenek ye tak ) Cuma waktu
sebegini aku teringatkan dia. Terasa hendak abadikan kenangan ini dalam blog
aku ini. Bukan sekadar apa untuk kepuasaan diri dan ingatan di hari tua nanti…
Tok aku ini tinggal
seorang diri di rumahnya. Dia sudah biasa hidup begitu. Rumahnya di kelilinggi
rumah rakan2 seusia dengannya membuatkan dia senang hidup begitu. Aku seringkali berkunjung ke rumahnya. Tiap
kali aku datang mesti ayat pertama dia akan cakap “ cucu saya datang “ sambil tersenyum. tok seperti bangga apabila aku datang. kadang2 tu tok x da di rumah. rumah x berkunci. aku tunggu je dalam rumah. bila tok pulang daripada jauh lagi aku akan dengar tok aku kata"cucu saya datang". dia macam tau je. Tok akan sediakan
air kopi dengan biskut 4 segi untuk aku dan adik2 yang datang. Apabila hendak
pulang, pasti akan dicarinya apa saja untuk aku bawa pulang. Kadang2 ubi kayu,
pucuk ubi, sayur, tebu dan apa saja asalkan aku tidak pulang dengan tangan
kosong. Jika tidak ada sangat biskut 4 segi tu dia beri bawa pulang..
Sebenarnya rumah aku
dengan tok tidak jauh mana, tapi hendak berjalan kaki tidak terdaya juga.
Masa kecil2 dulu aku guna basikal untuk ke sana. Kadang2 aku bawa tok aku
datang rumah. Tok aku akan membonceng di belakang basikalku. Tidak seberat mana
tok aku ni. Tidak terasapun bawa orang berbadan kurus ni… tok aku ini tidak
duduk lama di rumah aku dalam 2 atau 3 malam mesti dia hendak pulang. Mungkin
boring kot rindukan rutin seharian jika di rumahnya. Berkebun menarah rumput2
sekitar halaman rumah atau bertandang di
rumah2 jirannya. Tiap kali tok hendak pulang, selepas subuh saja tok pasti
bersiap awal dan berjalan menanti di simpang jalan. Itulah kebiasaannya,
menanti ayah pergi kerja untuk ditumpangnya. Kadang2 tidak sempat ayah, tok akan
tumpang siapa saja yang menggunakan jalan itu. Ayah selalu juga marah2
kerana katanya tok ini jika hendak datang beria-ia tapi hendak pulang
memang tidak sabar-sabar. itu lah tok aku, memang tidak suka berlenggah apabila
keputusan diambil. Dalam seminggu paling lama, tok akan datang lagi ke rumah aku atau masa
cuti hujung minggu aku pergi ambil.
Setiap awal tahun pula
tok akan ajak aku ke pekan. Temannya untuk ambil duit simpanan ASB. Tok tidak pandai menulis jadi aku lah yang akan isi borang untuknya. Dapat saja
duit, tok akan belikan aku adik beradik barang2 sekolah. Sebahagian untuk aku
adik beradik sebahagian lagi dia akan gunakan untuk menambahkan koleksi barang
kemas di badannya. Tok memang suka barang kemas. Jika ada saja duit lebih
sikit itulah yang dibelinya. Katanya untuk simpanan juga beli barang kemas ini.
Aku tidak lupa semasa aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, semua
barang kemas di badan tok dan dalam simpanannya diserahkan kepada ayah untuk
dijual. Katanya buat perbelanjaan aku nanti di sana. Aku terasa hendak menagis
apabila aku lihat dia tidak ada seutas pun di badannya. Katanya “tak pa nanti amin dah dapat kerja tok nan dok
dengan amin”. Aku tersenyum
mendengarnya.
Setelah aku tamat
belajar, aku bekerja di beberapa tempat. Memang susah masa itu hendak dapat
kerja tetap. Akhirnya aku diterima masuk
maktab perguruan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) . setelah setahun
aku di maktab, aku dihantar mengajar di pendalaman sarawak. Aku mendirikan
rumah tangga, membawa isteri aku tinggal bersama. Tok aku tiap kali aku pulang,
aku akan melawatnya. Tok aku juga apabila saja aku cuti dia akan tinggal lebih
lama di rumah kami. Aku teringin sangat dapat tunaikan hajatnya untuk tinggal
bersama aku. Memikirkan jarak yang jauh, aku pendamkan saja hasrat aku untuk
mengajaknya.
Setelah beberapa tahun
kemudian, tok aku jatuh sakit. Ayah membawa tok tinggal bersama. Tiap malam
tok aku akan mengerang kesakitan. Tok akan bertungku perutnya. Katanya, dia
terasa sakit di perut. Jika tidak bertungku dengan batu yang dipanaskan, tok tidak dapat tidur. Bawa tok jumpa doktor, tetap sama. Sakit tidak reda.
Mulanya hanya sebelah malam tok bertungku apabila hendak tidur. Sakit tok makin
menjadi. Tok akan bertungku tidak kira waktu. Apabila lepas mandi, awal
pagi petang. Apabila terasa sejuk tok pasti bertungku jika tidak perutnya
terasa sakit seperti “masuk angin”. Aku lihat perut tok dah kelihatan
lebam2 hitam kerana asyik bertungku. Ayah marah tok kerana kerap
bertungku. mak ada juga sembunyikan batu tungku tok, supaya tidak bertungku. tok lihat saja batu tungku hilang. habis dia arahkan cucu2nya carikan, temasuk aku la kena cari tungku tok. dah letih berpura2 cari terpaksa le mak bagi balik....
Sakit tok tidak
makin sembuh, palbagai iktiar dilakukan untuk mengubat sakit tok tetapi
tidak berhasil. Hinggalah tok hanya terlantar di tempat tidur tidak lagi
dapat bangun. Makan minum hanya di
tempat tidur. Tiap kali cuti aku pulang aku lihat kesihatan tok aku kian
merosot. Walaupun begitu tok tetap
mengenali aku. Apabila aku balik. Dia akan menghulurkan tangannya untuk
menggenggam tanganku. Mata tidak dapat lagi dibukanya. Makan hanya bubur mampu
dijamahnya. Itupun aku tengok amat terseksa untuk tok menelannya. Sejak hari
itu, aku terasa tidak dapat lagi aku tunaikan impiannya untuk tinggal bersama
aku. Apa yang aku harapkan agar tok sembuh. Walaupun tidak sihat sepenuhnya,
setidak-tidaknya tok tidak menderita
sakit sebegini. Aku perlu pulang kerja, terasa berat hatiku tiap kali cutiku
tamat.
Hampir setahun tok aku
hanya mampu berbaring di tempat tidurnya. Hinggalah pada petang itu aku sedang
mandi. Isteriku memanggil aku menyatakan emak telefon, tok dah tidak ada. Terasa satu nikmat kehidupan aku telah diragut pergi. Tok yang selama ini aku membesar dengan kasih sayangnya telah pergi
buat selamanya. Aku siapkan mandi dan ingin berangkat pulang segera. Aku segera telefon pihak penerbangan untuk
menggunakan waren penerbangan aku pada malam itu juga. Aku bersama isteri dan
anakku Aina ke Jeti bot expres. Untuk keluar aku perlu mengunakan bot expres
selama 2 jam menyusur Sungai Rejang.
Malang nasibku, aku tidak sempat bot terakhir baru sahaja meniggalkan
jeti. Aku lihat sayup2 bot itu berlalu pergi.
Aku menelefon ayah. Kata ayah tidak apa semua dah diuruskan. Aku tidak
dapat balik melihat jasad tok aku buat kali yang terakhir.....
Kini hanya pusara yang
dapat aku kunjungi, aku terasa bersalah kerana tidak dapat tunaikan keinginnya
untuk tinggal bersama . Tiap waktu sunyi
begini pasti ada ruang ingatan aku padanya. Kini aku hanya ada tok sebelah
emak di kampung. Masih sihat dan moga aku dapat gunakan masa yang diberikan
Allah ini untuk mengembirakan dan bersama dengannya. Satu2 nikmat yang diberi tidak terasa tetapi
apabila diambil kembali, terasa sangat kehilanggannya. sebenarnya aku juga terasa sangat bersalah
apabila juga tidak dapat pulang semasa datuk sebelah isteriku meninggal. kasihan
isteriku kerana keadaan kami yang jauh di perantauan membuatkan orang yang kami
sayang pergi tanpa sempat kami kucupkan buat kali terakhir..... hanya doa yang
mampu kami kirimkan buat insan2 tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan
kami. Kenangan bersama akan jadi ingatan yang tidak dapat kami lupakan hingga
kami menutup mata.