Sebenarnya kalau di lihat dengan tajuk tu macam aku ni pelancong lak pergi melancong dan catatkan tempat2 menarik yang dilawati. Sebenarnya sudah lima tahun aku menetap di sini cuma tidak tergerak hati ja nak menceritakannya mungkin kesibukan diri ditambahkan lagi blog ni baru je wujud...
Ok apapun sebenarnya Sibu Sentral Market merupakan market yang terbesar di sarawak. Aku bangga dengan statusnya walaupun aku sekadar menumpang di bumi sarawak ini, mencari rezeki. Bangunan yang aku agak 8 tingkat itu menempatkan keperluan harian dalam satu bumbung. Bawahnya terdapat barang keperluan seperti barang basah, sayur, buah-buahan termasuk barang kraftangan. Memang penat juga nak pusing. Tingkat atas merupakan tempat makan dan jualan pakaian. Apa saja ada di sini. Pendek kata semua ada la. Selain itu, tempat letak kereta yang luas dan lif membuatkan tempat ini tidak lekang dek pengunjung yang datang untuk mencari barang keperluan atau sekadar berjalan-jalan.
Ini gambar yang sempat aku rakamkan semasa berjalan2 bersama keluarga di Sibu Sentral Market...
Apa mau semua ada...
Bersama keluarga tersayang...
Luas saujana mata memandang.
Dh nk nagis dh si kecik letih berjalan....
Gaya dah macam nk beli je....
Puak kumbu masyarakat Iban Sarawak
Ni kakak lak dah penat... nk tengok kamera pun dh x nk..
Buah dabai yang aku kenal dan rasa hanya di sarawak