Aku telah tamat KDP selama sebulan di IPG Kampus Rejang. Kursus Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Rasa tidak sabar untuk ke sekolah semula. Aku rindukan murid-murid aku di kelas 3H. Rindukan ceroteh mereka yang dulunya sering buat p&p tergangu dengan ada saja info yang nak diajukan dan di tanya. letih berjawab aku dibuatnya. Memang bagus suka bertanya tapi kalau tanya yang tidak berkaitan dengan p&p memang buat p&p tidak dapat dijalankan. Apapun aku harap esok aku dengan bekalan kursus yang telah aku jalani dapat aku terjemahkan dalam pengajaran moga dapat aku tingkatkan prestasi untuk kecemerlangan murid-murid ku.
Rakan-rakan kursus dan para pensyarah IPG Kampus Rejang, Bintagor.
KDP4Minggu MBM dalam kenangan.
