Rabu, 31 Oktober 2012

Sekadar renungan.


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak        remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:


Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

kita mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua. Hargailah mereka sebelum mereka menutup mata buat selamanya...


Rabu, 24 Oktober 2012

Diluar Kebiasaan...


Esok merupakan hari raya haji…. Aku di sini x terasa seperti hari2 sebelum raya. Aku hanya lepak di rumah tidak melakukan sebarang kerja yang biasanya aku lakukan. Mungkin raya kali ini aku x terasa ia raya kerana bagi aku seperti macam hari biasa. Aku tidak ambil kisah tentang hari raya. Sehingga sekolah cuti aku bertanya kawan hari apa raya haji… Aku di sini keluagaku di kampung. Adakah itu dikatakan raya…. Entah lah bagi aku itu memang di luar kebiasaan. Seingat aku tidak pernah sekalipun aku akan beraya begini. Aku balik kampung ataupun aku beraya dengan keluargaku di sini. Tapi kali ni buat petama kalinya aku berasa sorang2 di negeri orang….. adakah ini satu pengorbanan. X terasa meriahnya raya. Jika tidak pasti waktu ini aku dengan sibuknya siapkan membakar lemang. Itu memang kerja aku saban tahun...
          Anak2 abah Aina n Auni nanti abah balik ye. Raya kali ni merupakan yg pertama dan yg terakhir kita x beraya bersama. Abah janji tidak akan terjadi lagi seperti ini. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT KELUARGAKU..... Moga sambutlah dengan penuh kemeriahan seperti tahun2 yang lalu. Abah bersama cuma tidak disisi... 

Selasa, 16 Oktober 2012

KENAPA YE...... ?


Petang ini 16hb 10. Isteri menghantar mesej…. “Abah punya, abah kolah” anak yang kecil apabila terlihat barang aku yang aku tinggalkan di kampung semasa pulang baru2 ini. Memang aku tersentuh hati. Walaupun tidak berdepan dengannya tapi pasti aku dapat memahami apa perasaan anak kecil yang baru saja ingin mengenali itu dan ini. Terasa sayu aku berjauhan begini. Walaupun baru saja aku pulang ke kampung ambil cuti 2 hari untuk balik ke kampung melihat isteri dan anak2 aku. Aku terasa kepulangan aku buat Aina dan Auni anak aku akan bertambah rindukan aku bukan bertambah reda rindu di hati. Auni yang pada mulanya enggan aku mengambilnya kerana mungkin tidak pasti antara kenal dan tidak. Tapi tidak ambil masa lama apabila keluar diri mulutnya ‘abah’. Mendengar celotehnya yang mula belajar bercakap buat aku terhibur. Betuah sebenarnya bagi ibu bapa yang dapat melihat anak2 membesar di hadapan mata.
                Dulu mungkin aku tidak mengerti sebenarnya bertapa ibu bapa menyayangi kita.  Tapi kata kata ayah aku terasa terjawab kini. Terasa ingin aku abadikan di sini beberapa kenangan aku bersama ayah  yang aku ingat dan  ada tikanya aku tidak mengerti kenapa ayah buat begitu….

Peristiwa 1
Kisah ini semasa aku masih kecil x pasti umur berapa aku pun x ingat sebenarnya. ( mak cerita ) aku pernah sakit perut. Mungkin keracunan makanan tapi tidak le sampai ke hospital. Cuma biasa le budak sakit memang meragam le. Ayah tanya mak bagi makan apa sampai sakit macam ni. Mak bagi tau x de apa makan macam selalu saja. Tragisnya apabila aku buang air besar. Ayah ambil sebatang kayu menguis2 najis aku. Ayah nak lihat apa yang aku makan sampai sakit perut…… x percaya aku bila mak cerita begitu. Setahu aku ayah memang cerewet sikit. Jika waktu makan jangan le cakap benda2 yang jijik/ kotor pasti ayah berhenti makan. Entah aku tidak faham siap boleh kuis2 najis aku lagi. X kotor ke. Kenapa ye ayah buat begitu ?

Peristiwa 2
Kisah ini juga semasa aku masih kecil pada tika itu hanya aku dan adik aku sahaja. Cerita ini pun aku dapat daripada emak aku yang memang suka bercerita. Aku dan adik aku hanya berbeza usia setahun. Semasa kami kecil mungkin aku pada tika itu berusia 4 tahun. Ayah telah diterima masuk tentera. Aku tidak pasti tentera ke RELA. Cuma yang aku pasti ayah segak dengan pakaian hijau gelapnya. ( gambar yang ayah bawa pulang tentera). Ayah diminta untuk menjalani latihan tentera di Kem Padang Tembak Kulim. Sebenarnya tidak terlalu jauh dari kampung aku. sekarang cuma 40 minit berkereta. Tapi dahulu dekatpun terasa terlalu jauh kerana perhubunganya ketika itu. Atuk sebelah emak berpesan supaya ayah habiskan latihan tentera dan dia berjanji akan turunkan ilmu perubatannya untuk ayah jika ayah tamat latihan. Atuk aku sebelah emak seorang jawa banyak ilmu perubatan yang dia tahu. Mungkin tok wan takut melihat fizikal ayah aku yang mungkin tidak tahan dengan latihan ketenteraan yang akan diterima. Atuk berharap dengan dapat masuk tentera akan terjaminlah hidup anak dan cucu2nya nanti……………
 Tapi ayah tidak tamatkan latihannya. Pulang ke kampung kerana rindukan anak2nya….. sanggup memerah keringgat menoreh getah di kampung asal tidak berjauhan. Kenapa ye ayah buat begitu ?

Peristiwa 3
Kisah ini terjadi semasa aku bersekolah rendah. Pada tika itu jika tidak salah aku semasa aku di tahun 1. Di sekolah kami digalakkan untuk menabung. Kami semua ada buku bank, Bank Simpanan Nasional. Ingat lagi aku naik motor dengan Cikgu Razak guru kelasku ke pekan untuk buka akaun. Takut aku masa itu naik motor. Dengan helmet besar orang dewasa punya. Helmet sampat ketengkuk dan tangan sebelah memaut rapat tubuh Cikgu Razak satu tangan lagi pegang tali helmet takut diterbangkan. Dah ada akaun kami akan menyimpan di sekolah. Guru kelas akan cop buku bank kami mengikut simpanan kami hari itu. Jika simpan 10 sen, maka cop duit 10 sen akan dicop dalam buku aku. Kisah terjadi apabila cikgu, aku tidak ingat namanya. Cuma aku ingat dia bertubuh besar. Bukan besar sasa tapi besar gemuk… heheh garang memang le dah le gemuk garang lagi. Entah macam mana aku hari itu boleh tidak siapkan kerja rumah yang diberi. Memang kena marah le. Tapi yang dapatnya, pipi aku dicop duit 50 sen sebagai hukuman aku hari itu. Aku ok je memang malu le Cuma asal x kena rotan ok le. Balik ke rumah x keluar le cop tu. Sampai di rumah ayah tanya aku jawab le. Ayah capai basikalnya terus pergi sekolah. Marah2 di sekolah, buat anak dia macam tu. Heboh satu kampung ayah serang sekolah…. Apa la sangat cop ni, nanti hilang le ayah. Ayah pergi serang cikgu tu buat apa ?…..  kenapa ye ayah buat begitu?

Peristiwa 4
Kisah ini aku dah besar. Lepas STPM. Aku kerja di kedai fotostat. Setiap pagi, aku akan tumpang ayah aku ke tempat kerja dan begitu juga apabila pulang ayah akan singgah ambil aku. Biasanya ayah aku sampai, aku sudah pun menantinya tapi hari itu ada pelangan terakhir minta fotostat. Bos aku serahkan untuk aku buat. Pekerja pun tinggal aku sorang je yang ada tika itu. Aku minta ayah aku tunggu sekejap. Aku tidak pasti mungkin dalam 30 minit. Lambat fotostat nak binding lagi. Ayah aku mula bising. Macam2 dia membebel aku kena buat lebih kerja. Bos aku time tu terus minta aku pulang dia akan siapkan. Malu aku. Dalam perjalanan pulang memang aku marah betul ayah. Atas motor lagi aku membebel dekat dia. Macam2 aku kata “buat malu saja, bukan lama sangat pun, itu pun x dapat tunggu”. Sepanjang perjalanan aku membebel. Kenapa ayah buat macam itu…………. Ayah aku pula hanya cakap x suka orang buat aku macam itu. Aku masih tidak faham. Aku rasa aku betul dan ayah telah buat salah.  Akhirnya ayah berkata “nanti Amin ada anak Amin faham le”……… aku terus marah2 sampai di rumah. Kenapa ye ayah buat begitu ?
               
                Kini aku sudah pun bergelar ayah dengan 2 orang cahaya mata. Memang benar kata2 ayah telah terjawab kini. Hanya ada anak sendiri baru mengerti apa yang ayah telah lakukan. Aku mengerti kenapa ayah tidak tamatkan latihan tenteranya. Balik ke kampung memerah keringat menoreh untuk membesarkan kami. Aku dan adik2 seramai 8 orang membesar dengan keringat mak dan ayah yang tertumpah bukan sedikit. Memang tidak akan terbalas jasa mereka berdua.
Bagi anak2 aku bersabar lah. Kita berjauhan hanya seketika. Abah tidak sanggup berhenti kerja kerana rindukan kamu berdua. Bukan abah tidak sayang kamu seperti mana atuk sayangkan abah. Cuma abah tidak sanggup melihat anak2 abah membesar dengan serba kekurangan. Abah tidak segagah atuk kamu membesarkan abah dengan menoreh getah.  Mendaki bukit awal2 pagi mengadap dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah. Menanti titisan susu getah sehingga ke dinihari untuk memungutnya. Menatang susu getah mengandar di bahu untuk ke tempat di kumpul. Membekukan susu getah. Mesin menjadi kepinggan2. Bawa pulang untuk dijemur. Di kala hujan berlari mengangkat kepinggan getah yang dijemur. Setelah beberapa hari kering bawa ke pekan untuk dapatkan hasilnya yang tidak seberapa, cukup sekadarnya……
Semuanya aku telah mengerti kini kenapa ayah buat begitu….. kasih sayang ayah dan ibu tidak terungkap dengan hanya susunan kata2. Kadang2 tindakan yang luar dari kebiasaan akan dilakukan demi anak tersayang.  Terima kasih ayah dan ibu membesarkan aku adik beradik dengan seadanya. Moga anak2 aku akan juga mengenangkan aku dan ibunya apabila mereka berjaya nanti walaupun aku tidak sehebat atuk mereka…. Kita tidak akan mengerti sejauh mana pengorbanan mereka seandainya kita tidak merasainya…
Anak2ku abah, abah sentiasa bersamamu walaupun kita berjauhan. Buat isteriku terima kasih pengorbananmu berseorangan menjaga mereka, tidak terungkap dek kata2 manisku. Aku hanya mampu bersyukur memilikimu….

Aku paparkan kisah makluk ALLAH yang tidak mempunyai akal seperti manusia tetapi mampu memaparkan kasih sayang dan pengorbanan yang amat bernilai buat tatapan bersama....