Rabu, 31 Oktober 2012

Sekadar renungan.


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak        remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:


Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

kita mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua. Hargailah mereka sebelum mereka menutup mata buat selamanya...


Rabu, 24 Oktober 2012

Diluar Kebiasaan...


Esok merupakan hari raya haji…. Aku di sini x terasa seperti hari2 sebelum raya. Aku hanya lepak di rumah tidak melakukan sebarang kerja yang biasanya aku lakukan. Mungkin raya kali ini aku x terasa ia raya kerana bagi aku seperti macam hari biasa. Aku tidak ambil kisah tentang hari raya. Sehingga sekolah cuti aku bertanya kawan hari apa raya haji… Aku di sini keluagaku di kampung. Adakah itu dikatakan raya…. Entah lah bagi aku itu memang di luar kebiasaan. Seingat aku tidak pernah sekalipun aku akan beraya begini. Aku balik kampung ataupun aku beraya dengan keluargaku di sini. Tapi kali ni buat petama kalinya aku berasa sorang2 di negeri orang….. adakah ini satu pengorbanan. X terasa meriahnya raya. Jika tidak pasti waktu ini aku dengan sibuknya siapkan membakar lemang. Itu memang kerja aku saban tahun...
          Anak2 abah Aina n Auni nanti abah balik ye. Raya kali ni merupakan yg pertama dan yg terakhir kita x beraya bersama. Abah janji tidak akan terjadi lagi seperti ini. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT KELUARGAKU..... Moga sambutlah dengan penuh kemeriahan seperti tahun2 yang lalu. Abah bersama cuma tidak disisi... 

Selasa, 16 Oktober 2012

KENAPA YE...... ?


Petang ini 16hb 10. Isteri menghantar mesej…. “Abah punya, abah kolah” anak yang kecil apabila terlihat barang aku yang aku tinggalkan di kampung semasa pulang baru2 ini. Memang aku tersentuh hati. Walaupun tidak berdepan dengannya tapi pasti aku dapat memahami apa perasaan anak kecil yang baru saja ingin mengenali itu dan ini. Terasa sayu aku berjauhan begini. Walaupun baru saja aku pulang ke kampung ambil cuti 2 hari untuk balik ke kampung melihat isteri dan anak2 aku. Aku terasa kepulangan aku buat Aina dan Auni anak aku akan bertambah rindukan aku bukan bertambah reda rindu di hati. Auni yang pada mulanya enggan aku mengambilnya kerana mungkin tidak pasti antara kenal dan tidak. Tapi tidak ambil masa lama apabila keluar diri mulutnya ‘abah’. Mendengar celotehnya yang mula belajar bercakap buat aku terhibur. Betuah sebenarnya bagi ibu bapa yang dapat melihat anak2 membesar di hadapan mata.
                Dulu mungkin aku tidak mengerti sebenarnya bertapa ibu bapa menyayangi kita.  Tapi kata kata ayah aku terasa terjawab kini. Terasa ingin aku abadikan di sini beberapa kenangan aku bersama ayah  yang aku ingat dan  ada tikanya aku tidak mengerti kenapa ayah buat begitu….

Peristiwa 1
Kisah ini semasa aku masih kecil x pasti umur berapa aku pun x ingat sebenarnya. ( mak cerita ) aku pernah sakit perut. Mungkin keracunan makanan tapi tidak le sampai ke hospital. Cuma biasa le budak sakit memang meragam le. Ayah tanya mak bagi makan apa sampai sakit macam ni. Mak bagi tau x de apa makan macam selalu saja. Tragisnya apabila aku buang air besar. Ayah ambil sebatang kayu menguis2 najis aku. Ayah nak lihat apa yang aku makan sampai sakit perut…… x percaya aku bila mak cerita begitu. Setahu aku ayah memang cerewet sikit. Jika waktu makan jangan le cakap benda2 yang jijik/ kotor pasti ayah berhenti makan. Entah aku tidak faham siap boleh kuis2 najis aku lagi. X kotor ke. Kenapa ye ayah buat begitu ?

Peristiwa 2
Kisah ini juga semasa aku masih kecil pada tika itu hanya aku dan adik aku sahaja. Cerita ini pun aku dapat daripada emak aku yang memang suka bercerita. Aku dan adik aku hanya berbeza usia setahun. Semasa kami kecil mungkin aku pada tika itu berusia 4 tahun. Ayah telah diterima masuk tentera. Aku tidak pasti tentera ke RELA. Cuma yang aku pasti ayah segak dengan pakaian hijau gelapnya. ( gambar yang ayah bawa pulang tentera). Ayah diminta untuk menjalani latihan tentera di Kem Padang Tembak Kulim. Sebenarnya tidak terlalu jauh dari kampung aku. sekarang cuma 40 minit berkereta. Tapi dahulu dekatpun terasa terlalu jauh kerana perhubunganya ketika itu. Atuk sebelah emak berpesan supaya ayah habiskan latihan tentera dan dia berjanji akan turunkan ilmu perubatannya untuk ayah jika ayah tamat latihan. Atuk aku sebelah emak seorang jawa banyak ilmu perubatan yang dia tahu. Mungkin tok wan takut melihat fizikal ayah aku yang mungkin tidak tahan dengan latihan ketenteraan yang akan diterima. Atuk berharap dengan dapat masuk tentera akan terjaminlah hidup anak dan cucu2nya nanti……………
 Tapi ayah tidak tamatkan latihannya. Pulang ke kampung kerana rindukan anak2nya….. sanggup memerah keringgat menoreh getah di kampung asal tidak berjauhan. Kenapa ye ayah buat begitu ?

Peristiwa 3
Kisah ini terjadi semasa aku bersekolah rendah. Pada tika itu jika tidak salah aku semasa aku di tahun 1. Di sekolah kami digalakkan untuk menabung. Kami semua ada buku bank, Bank Simpanan Nasional. Ingat lagi aku naik motor dengan Cikgu Razak guru kelasku ke pekan untuk buka akaun. Takut aku masa itu naik motor. Dengan helmet besar orang dewasa punya. Helmet sampat ketengkuk dan tangan sebelah memaut rapat tubuh Cikgu Razak satu tangan lagi pegang tali helmet takut diterbangkan. Dah ada akaun kami akan menyimpan di sekolah. Guru kelas akan cop buku bank kami mengikut simpanan kami hari itu. Jika simpan 10 sen, maka cop duit 10 sen akan dicop dalam buku aku. Kisah terjadi apabila cikgu, aku tidak ingat namanya. Cuma aku ingat dia bertubuh besar. Bukan besar sasa tapi besar gemuk… heheh garang memang le dah le gemuk garang lagi. Entah macam mana aku hari itu boleh tidak siapkan kerja rumah yang diberi. Memang kena marah le. Tapi yang dapatnya, pipi aku dicop duit 50 sen sebagai hukuman aku hari itu. Aku ok je memang malu le Cuma asal x kena rotan ok le. Balik ke rumah x keluar le cop tu. Sampai di rumah ayah tanya aku jawab le. Ayah capai basikalnya terus pergi sekolah. Marah2 di sekolah, buat anak dia macam tu. Heboh satu kampung ayah serang sekolah…. Apa la sangat cop ni, nanti hilang le ayah. Ayah pergi serang cikgu tu buat apa ?…..  kenapa ye ayah buat begitu?

Peristiwa 4
Kisah ini aku dah besar. Lepas STPM. Aku kerja di kedai fotostat. Setiap pagi, aku akan tumpang ayah aku ke tempat kerja dan begitu juga apabila pulang ayah akan singgah ambil aku. Biasanya ayah aku sampai, aku sudah pun menantinya tapi hari itu ada pelangan terakhir minta fotostat. Bos aku serahkan untuk aku buat. Pekerja pun tinggal aku sorang je yang ada tika itu. Aku minta ayah aku tunggu sekejap. Aku tidak pasti mungkin dalam 30 minit. Lambat fotostat nak binding lagi. Ayah aku mula bising. Macam2 dia membebel aku kena buat lebih kerja. Bos aku time tu terus minta aku pulang dia akan siapkan. Malu aku. Dalam perjalanan pulang memang aku marah betul ayah. Atas motor lagi aku membebel dekat dia. Macam2 aku kata “buat malu saja, bukan lama sangat pun, itu pun x dapat tunggu”. Sepanjang perjalanan aku membebel. Kenapa ayah buat macam itu…………. Ayah aku pula hanya cakap x suka orang buat aku macam itu. Aku masih tidak faham. Aku rasa aku betul dan ayah telah buat salah.  Akhirnya ayah berkata “nanti Amin ada anak Amin faham le”……… aku terus marah2 sampai di rumah. Kenapa ye ayah buat begitu ?
               
                Kini aku sudah pun bergelar ayah dengan 2 orang cahaya mata. Memang benar kata2 ayah telah terjawab kini. Hanya ada anak sendiri baru mengerti apa yang ayah telah lakukan. Aku mengerti kenapa ayah tidak tamatkan latihan tenteranya. Balik ke kampung memerah keringat menoreh untuk membesarkan kami. Aku dan adik2 seramai 8 orang membesar dengan keringat mak dan ayah yang tertumpah bukan sedikit. Memang tidak akan terbalas jasa mereka berdua.
Bagi anak2 aku bersabar lah. Kita berjauhan hanya seketika. Abah tidak sanggup berhenti kerja kerana rindukan kamu berdua. Bukan abah tidak sayang kamu seperti mana atuk sayangkan abah. Cuma abah tidak sanggup melihat anak2 abah membesar dengan serba kekurangan. Abah tidak segagah atuk kamu membesarkan abah dengan menoreh getah.  Mendaki bukit awal2 pagi mengadap dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah. Menanti titisan susu getah sehingga ke dinihari untuk memungutnya. Menatang susu getah mengandar di bahu untuk ke tempat di kumpul. Membekukan susu getah. Mesin menjadi kepinggan2. Bawa pulang untuk dijemur. Di kala hujan berlari mengangkat kepinggan getah yang dijemur. Setelah beberapa hari kering bawa ke pekan untuk dapatkan hasilnya yang tidak seberapa, cukup sekadarnya……
Semuanya aku telah mengerti kini kenapa ayah buat begitu….. kasih sayang ayah dan ibu tidak terungkap dengan hanya susunan kata2. Kadang2 tindakan yang luar dari kebiasaan akan dilakukan demi anak tersayang.  Terima kasih ayah dan ibu membesarkan aku adik beradik dengan seadanya. Moga anak2 aku akan juga mengenangkan aku dan ibunya apabila mereka berjaya nanti walaupun aku tidak sehebat atuk mereka…. Kita tidak akan mengerti sejauh mana pengorbanan mereka seandainya kita tidak merasainya…
Anak2ku abah, abah sentiasa bersamamu walaupun kita berjauhan. Buat isteriku terima kasih pengorbananmu berseorangan menjaga mereka, tidak terungkap dek kata2 manisku. Aku hanya mampu bersyukur memilikimu….

Aku paparkan kisah makluk ALLAH yang tidak mempunyai akal seperti manusia tetapi mampu memaparkan kasih sayang dan pengorbanan yang amat bernilai buat tatapan bersama....

                

Ahad, 30 September 2012

Kebetulan ke satu pemberian...

     26 hingga 29 sep aku mengikuti kursus di Miri. Kursus ini merupakan kursus ke dua aku di bandar Miri. Tapi tetap x dapat nk jalan2 bandar Miri. dh kursus sampai ke malam nk berjalan ape. so layan je la. tapi hari ke 3 aku memang dikejutkan... heheh macam perkara gempaq je ye x. macam ini ceritanya...... 
Hari itu seorang jurulatih kebangsaan memberi ceramah dan berkongsi pengalamannya mengajar. so layan je la. jangan aktiviti kumpulan dah le aku dah malas benda gitu. aku pot belakang sekali tepi dinding. kira tempat cikgu2 lelaki yang malas le. bukan malas apa. malas nk main peranan biar jadi pendengar setia dah le. bukan apa dekat sangat nanti takut ada sesi soal jawab pulak. Dengar le perkongsian dia bla... bla... murid perlu pelbagai pendekatan... bla bla.... perlu tahu masalah murid ... bla bla.. dia cerita. cikgu kedah agaknya ni cakap banyak utara le. elok le semalam layan JU  dari Kelantan ni negeri aku pulak. x kisah le mata aku dh hampir 75% nak tertutup ni. aku ia kan saja apa yang dia cakap. dah hampir 2 jam dah  dia kata 

"Baik kita pasang video tengok kelas n macam mana saya gajar".

Banyak sangat teori beliau guna so layan video ok la sikit mata aku ni.... Aku tengok murid lelaki semua berkopiah.... mentang2 le beliau Haji anak murid semua berkopiah. bagus la tu. kelas ada komputer beri murid2 gunakan bagi sekolah aku makmal komputer pun jarang sangat nak digunakan. Jika rosak jawabnya memang selamanya le rosak. Bagi sekolah pendalaman lagi le. elektrik pun guna jenerator. Sekolah bandar boleh le.... Lama - lama aku tengok budak sek ni macam kenal je aku kata. tetiba aku terpandang je lencana sekolah di baju salah seorang murid tu... memang sah aku kenal ni  sek di kampung aku. sekolah aku la. tapi masih was2 mata dah gantuk dok pulak jauh mungkin silap. tapi akhirnya aku terpaku apabila salah seorang murid itu adalah adik bongsu aku. Ya ALLAH sebegitu banyak sekolah di Malaysia ni akhirnya aku lihat sekolah aku ditayangkan. dan adik aku menjadi salah seorang pelakonnya......

       Habis je aku terus g tanya memang betul rupanya sekolah aku. peluang aku berbual banyak perkara. memang aku akui adik bongsu aku terlalu banyak perubahannya. Rajin ke sekolah bacaan lancar.... Rupa2nya ada cikgu cemerlang di belakangnya. bangga aku beliau mengajar di sekolah aku.. akhirnya berbual sampai topik perpindahan. Beliau kata, dapat membantu jika pihak JPN Sarawak lepaskan. tersenyum aku. Kedah x de masalah dah, akan ambil aku kini aku harap JPN Sarawak lepaskan lah aku.... dah lama dah beri le aku balik...... heheheh.

Bersama rakan kursus






Bergaya santai gaya boring... 


Ahad, 16 September 2012

Nikmat.....


Malam ni aku lepak je depan tv. Megadap je apa yang ada disiarkan. Tapi malam ni aku tngok je tv 1. Lama sebenarnya tidak nonton tv1 ni…. Dah ada astro x terasa nk tongok tv yang dh berusia ni. Biasa la dh bebayar rugi a x tngok. Walaupun x best mana tapi dh bayar bulan2 tngok juga le…sampai dh boleh hafal satu2 cerita… hehehe.
Dulu time kecik2 mana de macm sekarang ni tngok tv pun mana da lektrik lagi. Tv dah le hitam putih… dulu orang kampung panggil peti tb. Peti tb guna bateri. Ala bateri macam dalam kereta lama2 tu..... tengah syok tngok cerita. Biasanya cerita melayu le.  Time cerita P.Ramlee ke cerita kesukaan aku. Mula le hitam sebelah atas dan bawah kaca tv tu.... tau sangat le bukan rosak tp bateri dah nak habis... memang jem btul a, tengah syok memang potong betul.  Beria2 aku dok doa kecik2 minta sempat tngok, bagi cerita habis dulu baru bateri habis..... ingat balik kelakar betul rasanya.  Bila habis je bateri jawabnya bebulan le x dapat tengok tv. Bukan senang nk bawa keluar ke pekan nak cas bateri. Kalu g hantar tnggu seminggu juga le baru nak keluar lagi pergi ambil. Dulu jalan bukan macam sekarang. Dah le naik basikal. Jalan pulak ikut ladang getah. Memang nak keluar pekan perit juga le. Setelah lepas aku masuk tahun 3 umah aku baru masuk elektrik. So best gile umah terang benderang.....
                Itu masa aku, jika mak aku lagi kelakar. Nak tengok tv kena g umah orang. Mak cakap dulu umah orang kaya je ada tv. Dalam kampung aku cuma ada 3 buah umah masa tu yang ada tv. Bila nak tengok tv pakat2 le bawa lampu picit bertandang ke umah orang yang ada tv ni. Tapi buka boleh tngok free. Bayar beb....  mak kata kena bayar 5 sen. Masa tu 5 sen macam 50 sen le sekarang ni.  Mak kata dia sediakan tin dekat luar umah tu kalu nak tengok masukan duit dalam tin tu le. Ala macam tin milo tu. Buat lubang untuk masukkan duit. Tuan umah akan letak le anak dia dekat tin tu macam guard juga le takut orang tipu.
Orang dulu pandai gak tipu ye. Ala mak kata time tokwan x de duit mak cari je apa2 besi macam duit 5 sen. Janji bila masukkan duit ada bunyi...  ‘TINGGGG’ kira guard kecik ni benarkan masuk le....
pandai gak mak aku menipu ye.... ala nakal budak2....
                Paling best bila tv dia letak dekat sekolah. Memang kena bayar juga le. Time cerita best  macam pesta je orang kampung datang hendak tengok. Best juga ye berjemaah tengok tv. Time tu ada le orang yang jual air, kuih-muih. Memang hypening le. .... mak suka beli karipap sebab jika dapat benang dalam karipap tu dapat  free lagi sebiji. Kira macam cabutan betuah le.. pandai pula penjual tu.... kira macam nak laris jualan dia le... orang dulu pun pandai marketing stratgy ni... tapi mak aku x pula cerita dia bawa benang dari umah....
Kalu orang buat macam tu mau lingkup bisnes dia... hehehh.
Cerita orang dulu suka tengok mesti a cerita melayu. Jika cerita bukan melayu cerita perang2. Apa mak aku kata cerita Kombet. Best sangat ke mungkin macam cerita Rambo agaknya. Time cerita Kombet je memang berjemaah le ramai2 tengok...  agaknya masjid pun x seramai itu jemaahnya....
                K le dah jauh aku pergi ni.... kembali ke pangkal jalan. Sebenarnya aku nonton tv 1 ni ada sambutan Hari Malaysia yang ke 49. Kira hari b.day Malaysia le. Pernubuhan Persekutuan Malaysia 1963 Sabah dan Sarawak joing semenanjung. Bertuah sebenarnya kita. Jika diikut dari cerita aku tadi. Sekarang memang banyak sangat yang berbezanya. Kesukaran dahulu tidak lagi menjadi satu masalah sekarang ni. Rumah aku sekarang depan belakang jalan raya.... mat2 rempit lak buat bising malam2. Hampeh tul. Apa jua pun bertuah aku jadi rakyat malaysia.  Nikmat hidup di bumi merdeka. Sama2 kita menikmatinya....PEACE


Gambar ambil daripada AETINS blog. Thank.

Sabtu, 15 September 2012

Kasih tiada pengganti....


            Aku ingin story kasih sayang seorang nenek. Nenek aku. Aku memanggilnya TOK. Tok aku ini sebelah ayah.  Datuk aku tidak pernah tau. Kerana ayah aku dalam buaian lagi datuk aku telah pergi mengadap Ilahi. Ayah membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Aku suka dengan tok aku ni ( ye la siapa tidak suka datuk dan nenek ye tak ) Cuma waktu sebegini aku teringatkan dia. Terasa hendak abadikan kenangan ini dalam blog aku ini. Bukan sekadar apa untuk kepuasaan diri dan ingatan di hari tua nanti…
                Tok aku ini tinggal seorang diri di rumahnya. Dia sudah biasa hidup begitu. Rumahnya di kelilinggi rumah rakan2 seusia dengannya membuatkan dia senang hidup begitu.  Aku seringkali berkunjung ke rumahnya. Tiap kali aku datang mesti ayat pertama dia akan cakap “ cucu saya datang “  sambil tersenyum. tok seperti bangga apabila aku datang. kadang2 tu tok x da di rumah. rumah x berkunci. aku tunggu je dalam rumah. bila tok pulang daripada jauh lagi aku akan dengar tok aku kata"cucu saya datang". dia macam tau je. Tok akan sediakan air kopi dengan biskut 4 segi untuk aku dan adik2 yang datang. Apabila hendak pulang, pasti akan dicarinya apa saja untuk aku bawa pulang. Kadang2 ubi kayu, pucuk ubi, sayur, tebu dan apa saja asalkan aku tidak pulang dengan tangan kosong. Jika tidak ada sangat biskut 4 segi tu dia beri bawa pulang..
                Sebenarnya rumah aku dengan tok tidak jauh mana, tapi hendak berjalan kaki tidak terdaya juga. Masa kecil2 dulu aku guna basikal untuk ke sana. Kadang2 aku bawa tok aku datang rumah. Tok aku akan membonceng di belakang basikalku. Tidak seberat mana tok aku ni. Tidak terasapun bawa orang berbadan kurus ni… tok aku ini tidak duduk lama di rumah aku dalam 2 atau 3 malam mesti dia hendak pulang. Mungkin boring kot rindukan rutin seharian jika di rumahnya. Berkebun menarah rumput2 sekitar halaman rumah  atau bertandang di rumah2 jirannya. Tiap kali tok hendak pulang, selepas subuh saja tok pasti bersiap awal dan berjalan menanti di simpang jalan. Itulah kebiasaannya, menanti ayah pergi kerja untuk ditumpangnya.  Kadang2 tidak sempat ayah, tok akan tumpang siapa saja yang menggunakan jalan itu. Ayah selalu juga marah2 kerana katanya tok ini jika hendak datang beria-ia tapi hendak pulang memang tidak sabar-sabar. itu lah tok aku, memang tidak suka berlenggah apabila keputusan diambil. Dalam seminggu paling lama, tok akan datang lagi ke rumah aku atau masa cuti hujung minggu aku pergi ambil. 
                Setiap awal tahun pula tok akan ajak aku ke pekan. Temannya untuk ambil duit simpanan ASB. Tok tidak pandai menulis jadi aku lah yang akan isi borang untuknya. Dapat saja duit, tok  akan belikan aku adik beradik barang2 sekolah. Sebahagian untuk aku adik beradik sebahagian lagi dia akan gunakan untuk menambahkan koleksi barang kemas di badannya. Tok memang suka barang kemas. Jika ada saja duit lebih sikit itulah yang dibelinya. Katanya untuk simpanan juga beli barang kemas ini. Aku tidak lupa semasa aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, semua barang kemas di badan tok dan dalam simpanannya diserahkan kepada ayah untuk dijual. Katanya buat perbelanjaan aku nanti di sana. Aku terasa hendak menagis apabila aku lihat dia tidak ada seutas pun di badannya. Katanya “tak  pa nanti amin dah dapat kerja tok nan dok dengan amin”.  Aku tersenyum mendengarnya. 
                Setelah aku tamat belajar, aku bekerja di beberapa tempat. Memang susah masa itu hendak dapat kerja tetap.  Akhirnya aku diterima masuk maktab perguruan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) . setelah setahun aku di maktab, aku dihantar mengajar di pendalaman sarawak. Aku mendirikan rumah tangga, membawa isteri aku tinggal bersama. Tok aku tiap kali aku pulang, aku akan melawatnya. Tok aku juga apabila saja aku cuti dia akan tinggal lebih lama di rumah kami. Aku teringin sangat dapat tunaikan hajatnya untuk tinggal bersama aku. Memikirkan jarak yang jauh, aku pendamkan saja hasrat aku untuk mengajaknya.
                Setelah beberapa tahun kemudian, tok aku jatuh sakit. Ayah membawa tok tinggal bersama. Tiap malam tok aku akan mengerang kesakitan. Tok akan bertungku perutnya. Katanya, dia terasa sakit di perut. Jika tidak bertungku dengan batu yang dipanaskan, tok tidak dapat tidur. Bawa tok jumpa doktor, tetap sama. Sakit tidak reda. Mulanya hanya sebelah malam tok bertungku apabila hendak tidur. Sakit tok makin menjadi. Tok akan bertungku tidak kira waktu. Apabila lepas mandi, awal pagi petang. Apabila terasa sejuk tok pasti bertungku jika tidak perutnya terasa sakit seperti “masuk angin”. Aku lihat perut tok dah kelihatan lebam2 hitam kerana asyik bertungku. Ayah marah tok kerana kerap bertungku. mak ada juga sembunyikan batu tungku tok, supaya tidak bertungku. tok lihat saja batu tungku hilang. habis dia arahkan cucu2nya carikan, temasuk aku la kena cari tungku tok. dah letih berpura2 cari terpaksa le mak bagi balik....
                Sakit tok tidak makin sembuh, palbagai iktiar dilakukan untuk mengubat sakit tok tetapi tidak berhasil. Hinggalah tok hanya terlantar di tempat tidur tidak lagi dapat bangun.  Makan minum hanya di tempat tidur. Tiap kali cuti aku pulang aku lihat kesihatan tok aku kian merosot.  Walaupun begitu tok tetap mengenali aku. Apabila aku balik. Dia akan menghulurkan tangannya untuk menggenggam tanganku. Mata tidak dapat lagi dibukanya. Makan hanya bubur mampu dijamahnya. Itupun aku tengok amat terseksa untuk tok menelannya. Sejak hari itu, aku terasa tidak dapat lagi aku tunaikan impiannya untuk tinggal bersama aku. Apa yang aku harapkan agar tok sembuh. Walaupun tidak sihat sepenuhnya, setidak-tidaknya tok  tidak menderita sakit sebegini. Aku perlu pulang kerja, terasa berat hatiku tiap kali cutiku tamat.
                Hampir setahun tok aku hanya mampu berbaring di tempat tidurnya. Hinggalah pada petang itu aku sedang mandi. Isteriku memanggil aku menyatakan emak telefon, tok dah tidak ada.  Terasa satu nikmat kehidupan aku telah diragut pergi. Tok yang selama ini aku membesar dengan kasih sayangnya telah pergi buat selamanya. Aku siapkan mandi dan ingin berangkat pulang segera.  Aku segera telefon pihak penerbangan untuk menggunakan waren penerbangan aku pada malam itu juga. Aku bersama isteri dan anakku Aina ke Jeti bot expres. Untuk keluar aku perlu mengunakan bot expres selama 2 jam menyusur Sungai Rejang.  Malang nasibku, aku tidak sempat bot terakhir baru sahaja meniggalkan jeti. Aku lihat sayup2 bot itu berlalu pergi.  Aku menelefon ayah. Kata ayah tidak apa semua dah diuruskan. Aku tidak dapat balik melihat jasad tok aku buat kali yang terakhir.....
                Kini hanya pusara yang dapat aku kunjungi, aku terasa bersalah kerana tidak dapat tunaikan keinginnya untuk tinggal bersama .  Tiap waktu sunyi begini pasti ada ruang ingatan aku padanya. Kini aku hanya ada tok sebelah emak di kampung. Masih sihat dan moga aku dapat gunakan masa yang diberikan Allah ini untuk mengembirakan dan bersama dengannya.  Satu2 nikmat yang diberi tidak terasa tetapi apabila diambil kembali, terasa sangat kehilanggannya. sebenarnya aku juga terasa sangat bersalah apabila juga tidak dapat pulang semasa datuk sebelah isteriku meninggal. kasihan isteriku kerana keadaan kami yang jauh di perantauan membuatkan orang yang kami sayang pergi tanpa sempat kami kucupkan buat kali terakhir..... hanya doa yang mampu kami kirimkan buat insan2 tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan kami. Kenangan bersama akan jadi ingatan yang tidak dapat kami lupakan hingga kami menutup mata. 

Jumaat, 14 September 2012

Youtube...

Hari cuti ni jika x bergerak ke mana memang tersangat la terasa boringnya. entah x tahu nk susun apa program untuk mengisi masa yang terluang. itu yang buka blog ni. terasa rajin hendak mencatat... tidak ada story sebenarnya cuma boring buat aku menulis.
Dalam boring2 ni aku suka buka Youtube... memang apa saja ada di situ. mak ayah je x adanye.  jadi layan je la. bagus juga sebenarnya boleh gak aku buang masa dengan aktiviti itu. tapi nak rasa berpaedah sikit aku layan je ceramah agama dalam youtube tu... ala layan yang kena dengan jiwa yang kelakar sikit memang santai habis la. aku tersuka cara ustaz Azhar Idrus ni... mungkin dah ramai menjadi pengemarnya. cara dia jawab soalan2 yang diajukan. memag kelakar habis a. walaupun cara santainya itu soalan tetap dijawabnya. memang yang bagi soalan tu kadang2 x dipikar dik kepala otak ni. tapi memang soalan2 yang remeh temeh gitu yang kita x terjawab kekadangnya. soalan yang x leh aku terpikir ada orang hendak tanya...

"boleh ke ambil air sembahyang jika berbogel".???

ThumbnailCara jawab yang agak kelakar dalam lorat tengganu pekatnya tu buat aku tergelak sorang2. walaupun aku bukan orang ganu kita, tapi x la susah sgt aku nak paham. tapi bila dia guna lorat utara aku x berapa paham pulak. akai aku orang kedah.... he hehe. 
tapi apapun ak beri kredit a dekat ustaz ni. cara penyampaian dakwah dia memang lain dari biasa... anak muda memag suka pendekatan sebegini. lebih santai tidak memaksa. walaupun aku tidak la muda lagi tapi jiwa muda tu masih ada.. hehehe. 
Moga ustaz teruskan perjuangan dakwah yang dapat mendekatkan anak2muda dengan Islam.... 







Isnin, 10 September 2012

MASA TERLUANG DI HULU SG KATIBAS.

     Hari ini 9 Sep, aku bersama rakan2 yang seramai 11 orang dari dua sekolah telah menjelajah ke hulu Katibas. perjalanan bermula 10.30 pagi. Jika  diikut daripada rancangan perlu bertolak awal, tapi biasala. kita merancang je. 11 orang guru mengunakan 9 buah motosikal memulakan perjalanan. Perjalanan tidak la semudah disangka. Pada mulanya jalan sememangnya berturap melalui beberapa buah rumah panjang. Suasana waktu itu amat membantu dengan panas tanpa kelihatan awan hitam. Pemandangan di sepanjang jalan disajikan dengan Sungai katibas, rumah panjang dan hutan hujan. Sekali sekala kami dikejutkan bunyi enjin perahu panjang yang menyusuri sungai tersebut. Sebenarnya jalan kami lalui tidak sesibuk jalan sungai yang memang menjadi pengangkutan utama bagi kaum Iban di kawasan ini. Tanpa sungai kawasan ini akan mati. Boleh diumpamakan sungai menjadi nadi untuk mereka teruskan hidup dan berhubung dengan dunia luar.
     Jalan kami lalui berturap dan berbatu. Jalan itu sebenarnya dalam pembinaan belum siap sepenuhnya. Jika siap nanti masyarakat hulu katibas mempunyai jalan alternatif untuk ke pekan kecil Song. Hati kecil aku berkata "pembangunan telah sampai ke sini". Perjalanan menjadi agak pelahan apabila melalui jalan berbatu, dengan jalan melalui bukit bukau memang menguji kesabaranku. Aku cuba berharap agar motosikal aku tidak rosak. Risau juga sebelum ini, motosikal aku hanya digunakan untuk pergi sekolah dan kawasan sekitar Pekan Song yang tidak seberapa jauh. Kini aku perlu gunakan kemampuannya, bertukar gear 1 untuk mendaki dan menurun bukit dan sekali-sekala motosikal aku mati di pertengahan jalan apabila aku gunakan gear yang salah untuk mendaki....
    Kami tiba di rumah panjang cikgu di situ lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Aku agak terkejut kerana rumah panjang itu cukup cantik. Ini merupakan rumah panjang ke 4 aku masuk sepanjang 6 tahun aku mengajar di sini, malah ini rumah panjang yang paling cantik, dengan bangunannya bercat separuh bata dan kayu. Lantainya jubin malah lengkap dengan kemudahan seperti rumah di bandar. Aku agak terpegun. televisyen plasma, kipas syiling, lengkap kemudahan dapur malah jubin sampai ke ruang dapur. Ironiknya rumah ini terletak jauh di hulu sungai. Benar seperti kata2 iban "agi idup agi ngalaban". Masyarakat ini mampu membina penempatan sebegitu yang tidak jauh berbeza dengan di bandar. Cuma bezanya apabila malam menjelma mereka dihidangkan dengan suasana bising unggas hutan bukan bunyi bising mat2 rempit jalanan... hehehe
     setelah mandi dan berkelah di jeram sungai kecil berdekatan dengan rumah panjang tersebut, 3 petang kami pulang kembali. Perjalanan pulang kami diiringi hujan renyai2 sepanjang jalan sampai ke rumah. Agak penat dan lenguh satu badan, tetapi pengalaman ke sana memberi aku satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidupku.



Gambar berlatarbelakang rumah panjang dan bukit bukau...
Rumah panjang yang cantik di hulu sungai...
pendakian yang agak melelahkan...
bergambar di ruwai rumah panjang.
kelihatan bersih dan sejauh mata memandang..




Rakan-rakan guru yang ikut serta...

Padi huma, pertanian untuk makanan yang utama bagi kaum Iban....



Perjalanan pulang....





Khamis, 30 Ogos 2012

Raya oh raya....

kini menjelma lagi bulan syawal setelah ramadan berlalu pergi. Aku seperti tahun2 yang berlalu tiap kali raya menampakan dirinya pasti aku tersenyum gembira. tapi tidak le segembira zaman kanak2ku yang x sabar nak kumpul duit raya... apapun kini aku rasa kian bermakna melihat anak2 yang x sabar2 nk sambut raya. Aina anak aku yang sulung beria-ia tanya itu dan ini...... puasanya tidak tapi semangat raya. suruh puasa sampai jam 10 pagi je nangis nak makan keropok. tapi time sahur mahu pulak dia bangun... Auni anak kedua ku x kisah baju raya ke kuih raya ke duit raya ke yang penting baginya ada susu ok je... Auni dah mula dapat panggil "abah" dan "ibu". Tiap kali dia memanggil ku tiap kali itu juga le aku menyahut. berturut2 memanggilku, berturut-turut lah aku menyahut sedangkan aku ada di sisinya..

Tema ungu tahun ni 2012
 
 
                          Aina bab bergaya depan kamera memang hebat dia....
 
 
Setiap tahun kian usia bertambah..... koleksi raya buat aku terasa diri makin berusia melihat anak2 menginjak dewasa...
 
 
BERAYA TAHUN 2011

 
 
 

 


 
RAYA TAHUN 2010
 

 
 
RAYA TAHUN 2009

 
 

 
 
 
 

Khamis, 26 Julai 2012

Ramadan menjelma lagi

salam. sudah kian lama aku tidak menjengok blog aku ini. 1 blog pun x terurus, macam mana le jika banyak. sibuk dengan tugas yang mencengkam dan kehidupan yang laju berputar membuatkan aku tidak menang untuk mengaturnya. apapun aturan itu kita tentukan moga tersusun dan sempurna kerna masa pergi tidak akan menganjak kembali.. kini dah hampir penghujung 2012. Aku masih dapat menikmati dan merasai nikmat tuhan yg diberikan. hari ini aku melayari 1 lagi nikmat yg amat bernilai. bulan ramadan. moga dalam bulan ini dapt kita isi sesempurna mungkin untk bekalan di kemudian hari.sebenarnya aku tidak sabar ingin melihat anak2 aku berpuasa. pasti akan menjadi kenangan yang amat bermakna untuk aku dan isteri. kekadang tu teringat cerita upinipin berpuasa.