Hari ini 9 Sep, aku bersama rakan2 yang seramai 11 orang dari dua sekolah telah menjelajah ke hulu Katibas. perjalanan bermula 10.30 pagi. Jika diikut daripada rancangan perlu bertolak awal, tapi biasala. kita merancang je. 11 orang guru mengunakan 9 buah motosikal memulakan perjalanan. Perjalanan tidak la semudah disangka. Pada mulanya jalan sememangnya berturap melalui beberapa buah rumah panjang. Suasana waktu itu amat membantu dengan panas tanpa kelihatan awan hitam. Pemandangan di sepanjang jalan disajikan dengan Sungai katibas, rumah panjang dan hutan hujan. Sekali sekala kami dikejutkan bunyi enjin perahu panjang yang menyusuri sungai tersebut. Sebenarnya jalan kami lalui tidak sesibuk jalan sungai yang memang menjadi pengangkutan utama bagi kaum Iban di kawasan ini. Tanpa sungai kawasan ini akan mati. Boleh diumpamakan sungai menjadi nadi untuk mereka teruskan hidup dan berhubung dengan dunia luar.
Jalan kami lalui berturap dan berbatu. Jalan itu sebenarnya dalam pembinaan belum siap sepenuhnya. Jika siap nanti masyarakat hulu katibas mempunyai jalan alternatif untuk ke pekan kecil Song. Hati kecil aku berkata "pembangunan telah sampai ke sini". Perjalanan menjadi agak pelahan apabila melalui jalan berbatu, dengan jalan melalui bukit bukau memang menguji kesabaranku. Aku cuba berharap agar motosikal aku tidak rosak. Risau juga sebelum ini, motosikal aku hanya digunakan untuk pergi sekolah dan kawasan sekitar Pekan Song yang tidak seberapa jauh. Kini aku perlu gunakan kemampuannya, bertukar gear 1 untuk mendaki dan menurun bukit dan sekali-sekala motosikal aku mati di pertengahan jalan apabila aku gunakan gear yang salah untuk mendaki....
Kami tiba di rumah panjang cikgu di situ lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Aku agak terkejut kerana rumah panjang itu cukup cantik. Ini merupakan rumah panjang ke 4 aku masuk sepanjang 6 tahun aku mengajar di sini, malah ini rumah panjang yang paling cantik, dengan bangunannya bercat separuh bata dan kayu. Lantainya jubin malah lengkap dengan kemudahan seperti rumah di bandar. Aku agak terpegun. televisyen plasma, kipas syiling, lengkap kemudahan dapur malah jubin sampai ke ruang dapur. Ironiknya rumah ini terletak jauh di hulu sungai. Benar seperti kata2 iban "agi idup agi ngalaban". Masyarakat ini mampu membina penempatan sebegitu yang tidak jauh berbeza dengan di bandar. Cuma bezanya apabila malam menjelma mereka dihidangkan dengan suasana bising unggas hutan bukan bunyi bising mat2 rempit jalanan... hehehe
setelah mandi dan berkelah di jeram sungai kecil berdekatan dengan rumah panjang tersebut, 3 petang kami pulang kembali. Perjalanan pulang kami diiringi hujan renyai2 sepanjang jalan sampai ke rumah. Agak penat dan lenguh satu badan, tetapi pengalaman ke sana memberi aku satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidupku.
 |
| Gambar berlatarbelakang rumah panjang dan bukit bukau... |
 |
| Rumah panjang yang cantik di hulu sungai... |
 |
| pendakian yang agak melelahkan... |
 |
| bergambar di ruwai rumah panjang. |
 |
| kelihatan bersih dan sejauh mata memandang.. |
 |
| Rakan-rakan guru yang ikut serta... |
 |
| Padi huma, pertanian untuk makanan yang utama bagi kaum Iban.... |
Perjalanan pulang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan