26 hingga 29 sep aku mengikuti kursus di Miri. Kursus ini merupakan kursus ke dua aku di bandar Miri. Tapi tetap x dapat nk jalan2 bandar Miri. dh kursus sampai ke malam nk berjalan ape. so layan je la. tapi hari ke 3 aku memang dikejutkan... heheh macam perkara gempaq je ye x. macam ini ceritanya......
Hari itu seorang jurulatih kebangsaan memberi ceramah dan berkongsi pengalamannya mengajar. so layan je la. jangan aktiviti kumpulan dah le aku dah malas benda gitu. aku pot belakang sekali tepi dinding. kira tempat cikgu2 lelaki yang malas le. bukan malas apa. malas nk main peranan biar jadi pendengar setia dah le. bukan apa dekat sangat nanti takut ada sesi soal jawab pulak. Dengar le perkongsian dia bla... bla... murid perlu pelbagai pendekatan... bla bla.... perlu tahu masalah murid ... bla bla.. dia cerita. cikgu kedah agaknya ni cakap banyak utara le. elok le semalam layan JU dari Kelantan ni negeri aku pulak. x kisah le mata aku dh hampir 75% nak tertutup ni. aku ia kan saja apa yang dia cakap. dah hampir 2 jam dah dia kata
"Baik kita pasang video tengok kelas n macam mana saya gajar".
Banyak sangat teori beliau guna so layan video ok la sikit mata aku ni.... Aku tengok murid lelaki semua berkopiah.... mentang2 le beliau Haji anak murid semua berkopiah. bagus la tu. kelas ada komputer beri murid2 gunakan bagi sekolah aku makmal komputer pun jarang sangat nak digunakan. Jika rosak jawabnya memang selamanya le rosak. Bagi sekolah pendalaman lagi le. elektrik pun guna jenerator. Sekolah bandar boleh le.... Lama - lama aku tengok budak sek ni macam kenal je aku kata. tetiba aku terpandang je lencana sekolah di baju salah seorang murid tu... memang sah aku kenal ni sek di kampung aku. sekolah aku la. tapi masih was2 mata dah gantuk dok pulak jauh mungkin silap. tapi akhirnya aku terpaku apabila salah seorang murid itu adalah adik bongsu aku. Ya ALLAH sebegitu banyak sekolah di Malaysia ni akhirnya aku lihat sekolah aku ditayangkan. dan adik aku menjadi salah seorang pelakonnya......
| Bersama rakan kursus |
| Bergaya santai gaya boring... |
wah ada harapan nak pindah balik.. kena la usya org2 kat JPN Sarawak.. hahaha
BalasPadam